Followers

13 Juli 2012

Sinopsis Film My Heart


HEART - Aku Cinta Rachel Dan Luna (2)

Dulu ada main ni filem pada tahun 2006, sebuah filem dari Indonesia yang title dia 'HEART' dan pelakon dia pun cute2 jugak iaitu Nirina Zubir, Irwansyah & Acha Septriasa. 1st, aku mmg ada berapalah layan2 sangat sebab time tu pun kan bulan puasa.. malas aku..
tapi lepas raya tu, ambik kau! Aku plak yg beriya-iya nk tgk.. tapi ada dpt juga tgk.. so, iya aku pun tgklah kat DVD jer ngan semua sanak-saudara aku yg bising tu.. huhu

Filem dulu-dulu [konon lah]

Photobucket
Pas2 semalam, tgh2 aku seronok layan internet tiba-tiba adik lelaki aku ni bising mau main game. Kacau jak budak hingusan ni! Aku bagi main lah, pastu aku serang Astro Kirana ngan adik perempuan aku.. x der kerja lain kami share TV arr.. paling2 dia yg selalu menang.. huhu
nah, nampaklah turn aku ni cerita 'HEART :Aku Cinta Rachel Dan Luna'


Farel and Rachel


[Irshadi Bagas | Yuki Kato | Ranti Maria]
Kalau akulah pelakon cite ni kan.. cerita watak paling utama disini ialah si Farel.. sebab dialah faktor lelaki guna tacticdasar buaya darat mau dua perempuan kunun..! MUA HA HA!

Photobucket

The Synopsis
Farel adalah anak tunggal kepada Yuda dan Marisa. Mereka sangat menyayangi Farel namun tidak memanjakannya. Di sekolah, Farel mempunyai musuh yang diketuai oleh Bobby. Bobby dan dua anak buahnya (Ivan dan Didit) adalah geng yang menguasai sekolah Farel. Hampir semua murid diugut setiap hari oleh geng Bobby dan tidak ada seorang pun yang berani melawannya. Suatu hari Farel baru menyadari jirannya adalah seorang gadis manis bernama Luna. Farel ingin berkenalan dengan Luna namun hal itu agak sukar. Apalagi kemudian Luna pindah dari rumahnya setelah mamanya meninggal dunia kerana tidak ingin terus berada di dalam kesedihan jika masih tinggal di rumah itu. Setelah Luna pindah, Farel berkenalan dengan Rachel anak seorang pelaut yang garang dan tegas. Sebenarnya Hermawan (bapak Rachel) adalah seorang yang baik namun berubah sikap setelah kematian kakak Rachel yang bernama Citra akibat diperkosa. Kesan daripada itu, Rachel membesar sebagai tomboy. Keakraban hubungan Farel dan Rachel semakin hari semakin membuahkan getar-getar cinta dalam hati Farel namum di tolak oleh Rachel walau dalam hatinya juga sangat menyayangi Farel. Suatu hari Rachel mengajak Farel ke makam kakaknya Citra. Saat di tempat tersebut, Farel melihat Luna. Hati Farel kembali merindukan Luna yang selalu disebutnya dengan panggilan PERI CANTIK. Sementara itu, di hati Rachel mulai tumbuh benih-benih cinta terhadap Farel. Beberapa kali ia coba mengungkapkan perasaannya namun selalu gagal oleh berbagai sebab. Hingga Farel tidak pernah tahu kalau Rachel sebenarnya mencintai dirinya juga. Suatu hari Farel bermimpi bertemu dengan Rachel dan Luna di pinggir danau. Rachel dan Luna meminta kepada Farel untuk memilih siapa diantara mereka yang akan menjadi pasangan Farel. Farel tidak dapat memilih diantara mereka. Hatinya terlanjur mencintai keduanya, Rachel dan Luna.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar